Saturday, April 25, 2009

Khas Tok Exco2, Mantan2, n Ahli2 PERMANIS,UKM...


Dapatkan Comment Bergambar Di www.testi.kuriee.com

Sunday, April 19, 2009

Study2..hehe...


Dapatkan Comment Bergambar Di www.testi.kuriee.com




Dapatkan Comment Bergambar Di www.testi.kuriee.com

Friday, April 17, 2009

Istana-Istana DiRaja...


Istana Lama Seri Menanti ialah istana yang unik diperbuat daripada kayu. Dibina pada 1902 dan siap pada tahun 1908 kerana Istana Pulih telah dibakar oleh askar-askar Inggeris semasa mengejar Yamtuan Antah ketika berlakunya peperangan Bukit Putus. Istiadat perasmian istana ini telah dilakukan oleh DYMM Yang di-Pertuan Muhammad Ibni Almarhum Yamtuan Antah. Baginda telah bersemayam di istana ini sehingga tahun 1931 dan baginda berpindah pula ke istana baru yang dibina berhampiran dengan istana lama.
Istana ini setinggi empat tingkat. Pelan asalnya telah direka oleh dua orang tukang Melayu bernama Kahar dan Taib. Tukang Kahar telah dianugerahkan gelaran Dato' Panglima Sutan oleh Tuanku Muhammad kerana khidmat beliau. Pelan istana ini telah diperincikan semula oleh Ketua Pelukis Pelan, Mr. Woodford dari Jabatan Kerja Raya, Seremban dan telah diluluskan pada bulan November 1902 oleh Jurutera Negeri dan Residen British.

Istana ini mempunyai 99 batang tiang termasuk empat batang tiang seri yang panjangnya 67 kaki. Keempat-empat tiang ini telah diambil dari Bukit Pergai, Jelebu. Kayu-kayu lain diambil dari Bukit Tinggi iaitu jenis kayu penak. Keunikan istana ini ialah ia tidak menggunakan sebarang paku besi tetapi pakunya diperbuat daripada kayu yang dipanggil pasak.

Istana ini telah digunakan untuk upacara mengadap yang diadakan tiga tahun sekali. Pada tahun 1926, Pesuruhjaya Tinggi, Sir Lawrence Gullmard telah turut hadir dalam upacara tersebut.

Istana ini juga pernah digunakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan untuk dijadikan Sekolah Menengah Agama Tinggi pada tahun 1959 sehingga tahun 1964. Kemudian istana ini dibiarkan kosong tanpa penghuni sehingga pada tahun 1992. Atas kesedaran DYMM Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, istana ini dengan rasminya diwartakan sebagai 'Muzium Diraja'. Perasmiannya telah dilakukan pada 14 Julai 1992 bersamaan 14 Muharram 1413 Hijrah. Pengurusan Muzium Diraja ialah di bawah pentadbiran Lembaga Muzium Negeri, Negeri Sembilan.

Mulai saat inilah Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti telah bertukar wajah dengan mempamerkan koleksi-koleksi keluarga Diraja. Setiap ruang telah diisi tanpa mengubah bentuk asal istana bagi menerangkan fungsi ruang-ruang tersebut. Penambahan bahan koleksi Muzium dilakukan dari semasa ke semasa dengan kerjasama pihak istana.

ADAT KITA...



Masyarakat Melayu di Negeri Sembilan memang terkenal dengan panggilan orang Minang. Hal ini disebabkan kebanyakannya berasal daripada keturunan orang-orang Minangkabau yang terdapat di Wilayah Minangkabau, Sumatera.
Minangkabau ialah nama bagi sesebuah negeri, orang-orangnya dan juga bahasanya. Tetapi biasanya istilah yang digunakan untuk orang-orang Minangkabau ialah orang Minang.
Masyarakat Minangkabau memang terkenal dengan cara hidup dan adat istiadat yang unik sekali. Dalam amalan Adat Minangkabau ini, harta pusaka, gelaran dan nama suku diturunkan menurut salasilah keturunan di sebelah ibu.
Masyarakat Minangkabau bersifat peramah dan bijak dalam berbicara terutamanya pada upacara-upacara adat yang dilakukan. Mereka menyampaikan sesuatu hal atau hajat secara halus dan cara kiasan, sehingga dalam menerimanya harus pula dengan perasaan yang halus.
Atap rumah dan tutup kepala wanita Minang mempunyai bentuk mirip tanduk kerbau. Menurut kisah lalu bentuk-bentuk ini dapat ditafsirkan oleh kerana eratnya hubungan dengan nama Minangkabau yang dapat disama erti dengan 'menang kerbau'.
Masyarakat Minangkabau ialah pemeluk agama Islam yang taat dan pemegang adat yang kuat. Hal-hal agama dan adat terpadu secara serasi di dalam cara kehidupan masyarakat seharian dan dijunjung tinggi oleh mereka.
Rombongan orang-orang Minangkabau yang ke Rembau ialah Datuk Lelo Balang, datang dengan pengiringnya dan orang-orang dari Batu Hampar dan Mungkal. Mereka datang ke Rembau, Negeri Sembilan dari Kampung Tigo Nenek. Kemudian satu rombongan orang-orang Minangkabau datang dari Kampung Sari Lemak yang diketuai oleh Datuk Puteh. Datuk Puteh terkenal sebagai seorang pawang, dukun, bomoh atau ahli kebatinan telah memberikan nama kepada tempat bertakhtanya Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Nama asal Seri Menanti adalah diambil daripada Padi Menanti. Pertukaran nama dari Padi Menanti ke Seri Menanti adalah disebabkan perkataan Padi dalam bahasa Jawa bererti Seri.
Begitulah asal mula perkembangan gelombang kedatangan orang-orang Minangkabau ke Negeri Sembilan.


Adat Perpatih dianggap merupakan satu sistem kekerabatan yang amat liberal dan menyeluruh. Justeru terdapat beberapa konsep dalam Adat Perpatih ini yang menunjukkan hubungan kekerabatan ini seperti jurai, perut, suku dan sebagainya.

Dalam Adat Perpatih ini terdapat atau terpecahnya kepada 12 kumpulan yang dipanggil Suku. Suku merupakan kumpulan atau kelompok kesatuan zaman dahulu yang berbentuk pengwilayahan yang diberi nama dan dipanggil seperti:
1. Suku Biduanda / Waris
2. Suku Batu Hampar
3. Suku Paya Kumbuh
4. Suku Mungkal
5. Suku Tiga Nenek
6. Suku Seri Melenggang
7. Suku Seri Lemak
8. Suku Batu Belang
9. Suku Tanah Datar
10. Suku Tiga Batu
11. Suku Anak Acheh
12. Suku Anak Melaka
Kuasa Undang adalah sangat luas. Dalam menjalankan pentadbiran, Undang mempunyai pembesar, sama ada Besarnya dan/atau Lembaganya. Mereka ini yang menasihatkan Undang dalam pemerintahannya. Ketua bagi setiap suku dipanggil Lembaga dan mempunyai gelaran masing-masing. Lembaga berfungsi sebagai menjadi pentadbir kepada sukunya dan menyelesaikan masalah-masalah yang berhubung dengan adat, harta, penceraian, pertelingkahan dan sebagainya. Jika Lembaga tidak dapat mencari jalan penyelesaian, maka perkara tersebut akan dibawa ke pengetahuan Undang melalui Orang Besar Undang.

Thursday, April 16, 2009

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



SALAM UKHUWAH...DI KESEMPATAN INI SAYA INGIN MEMOHON MAAF SEKIRANYA TERDAPAT SEBARANG KESILAPAN N KEKASARAN BAHASA KETIKA KITA SEMUA DALAM PERSATUAN...DAH NAK EXAM NIE, SO BERMAAF-MAAFAN LA KITA EKH...CEWAH CM NK RAYA LA PLAK..HEHE...OK LAH..CHAIYOK2 TOK SUME EKH...DO THE BEST IN YOUR EXAM..

Wednesday, April 15, 2009

Koleksi Gmbr2 Edit...

DARIPADA HASIL TANGAN OLEH HANAMICHI IN THE HOUSE... TQ2..HANA..HEHE...LAWA SGT PIC NIE...MERIAH SEH...

Cerita Best..Tgk tau...

video video

MASA BERLALU...


AKTIVITI ATAUPUN PROGRAM SETERUSNYA IALAH MINGGU PENGENALAN PERSATUAN (MPP), MOTIVASI SEKOLAH RENDAH 3, XSURE LG LA...MYB KOWT...
PASTUE DE KARNIVAL 3K (DEN XTAU PE NAMA PENUH NYER) SORRY EKH KP..HEHE...
PAS2 DE OPKIM KT KPG SELIAU, THEN, NIE YG BEST SEKALI G INDON WOO...KEMBARA JEJAK WARISAN 2...BYK KN AKTIVITI KITA NNT.. TUE X TERMASUK YG 3R, BERBUKA PUASA..MCM2 LG LA.. PAPEPON SYABAS KT SUME...HEHE...

Tuesday, April 14, 2009

14 April 2009...satu kejadian dasyat telah berlaku....

Salam...n hi guys...
pertama-tamanya, saya nk ckp Tq 2 all of you (exco) yg telah dtg g LUNCH bersama2 penasihat kita di Restoran JM Seksyen 10...yeke...entah la..papepon makanan kt c2 mmg sedap gler la...
cewah..aku nie meluahkan perasaan la plak..haha...

sebenarnya seronok kn kita semua 31 org sesekali kumpul bersama-sama..Tq gk kt exco kampus luar, apiz n wanie sbb sanggup dtg walaupon jauh..korunk berdua mmg la totap bersama pomanih...hehe..

Hah...nie den nk koba nie...jgn lupo kasi gmbr ekh..nk soft copy n hard copy...tok Hana or Mas bg la kt den yg dh de soft copy nyer k...hehe...

Pesan tok sume exco gk...jgn lupo jahit baju batik korunk k..kang xbole nk guna sem depan...hehe..by the way, happy belated birthday tok apiz..sedap kek coklat td..

sebelum nk out nie, khamis nie jgn lupa de solat hajat n bacaan yassin kt surau PTSL jam 7mlm k. jgn lewat tau sume...ingat amanat n pesanan dr Dato' Baha..Masa itu kita harus tepatinya.

ok lah..Tq sume...Sama gaso sama meghaso..Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester. Chaiyok2...Study...!!!hehe....

Design Baju Permanis


Design Logo Program anjuran PERMANIS UKM





Monday, April 13, 2009

MALAM TAUTAN UKHUWAH (MATAKU 09)













Salam Pomanih...Malam Tautan Ukhuwah 2009 atau lebih dikenali dengan nama MATAKU 09 merupakan satu acara tahunan terpenting Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan. MATAKU 09 diadakan untuk meraikan mantan2 PERMANIS dan menghargai jasa-jasa warga exco sesi 08/09.
MATAKU 09 juga diharapkan dapat mengeratkan hubungan bujan sahaja sesama ahli-ahli PERMANIS, malahan juga dengan PENASIHAT2 PERMANIS, para2 VIP dan juga semua hadirin yg sudi hadir pada malam yg bakal menyimpul seribu satu kenangan indah.

MATAKU 09 telah dikelolakan oleh Saudari Siti Fatimah binti Sharif selaku Ketua Projek. Syabas dan tahniah kepada beliau di atas kejayaan mengendalikan makan malam tahunan PERMANIS yg berprestif tersebut.

Makan malam tersebut diadakan pada 7 APRIL 2009 bertempat di PALM, GARDEN HOTEL IOI RESORT, PUTRAJAYA. MATAKU 09 telah diberikan tema MALAR HIJAU.

Majlis MATAKU 09 ini telah dirasmikan oleh Yg. Bhg. En. Jamaludin Bin Abu Bakar, Pengarah Yayasan Negeri Sembilan.

Sepanjang majlis berlangsung tergambar seribu satu senyuman di setiap bait2 bibir pengunjung pada majlis makan malam tersebut. Pihak PERMANIS sendiri ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yg terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan MATAKU 09. Terima kasih juga kepada penyumbang2 setia PERMANIS iaitu En. Zam Roni dari Zar Bakery, Pusanika, UKM...

KURSUS INDUKSI KEPIMPINAN PERMANIS SESI 09/10













UNTUK MAKLUMAN SEMUA, PROGRAM INI TELAH DIADAKAN DAN DIJAYAKAN DI ATAS KELOLAAN KETUA PENYELARAS IAITU SAUDARI RABI'ATUL 'ADAWIYYAH BINTI MOHD NIDZAR. KURSUS INI TELAH DIADAKAN DI RAUDAH CAMP, TELUK NIPAH, PULAU PANGKOR. KURSUS INI JUGA TELAH BERJALAN SELAMA 3 HARI 2 MALAM.
SERAMAI 24 ORANG EXCO TELAH MENGIKUTI KURSUS INI.
ANTARA MATLAMAT KURSUS INI ADALAH UNTUK MEMUPUK HUBUNGAN YG ERAT DI ANTARA EXCO DAN JUGA MT. SELAIN ITU JUGA, MEMBIMBING KITA KE ARAH KETAHANAN MENTAL DAN FIZIKAL.
PELBAGAI AKTIVITI TELAH DIJALANKAN ANTARANYA IALAH, JUNGLE TRACKING, BERAKIT DARI PULAU PANGKOR KE PULAU GIAM, FLYING FOX, NIGHT WALK DAN MCM2 LAGI.

KAMI TELAH DIPECAHKAN KEPADA 3 KUMPULAN. ANTARANYA IALAH ANA MUSLIM, INFINITI DAN OCTA MUTEN.


YANG PASTINYA SATU KENANGAN INDAH AKAN MENYELUBUNGI SETIAP LUBUK HATI EXCO2 YG PERGI KE SANA KHUSUSNYA MT INDUKSI. INI KERANA MEREKA TELAH PERGI MEMBUAT SURVEY TERLEBIH DAHULU SEBELUM PROGRAM. SYABAS KEPADA MEREKA. HEHE...

Saturday, April 11, 2009

Program Inspirasi Pelajar Sekolah Rendah 2

Program ini telah diadakan pada 6-8 Mac 2009 bertempat di Kolej Keris Mas, UKM. Anjuran bersama ADUN kawasan Gemencheh dengan kerjasama PERMANIS


















gambar-gambar kenangan bersama-sama adik-adik semasa MOtivasi
.


Untuk pengetahuan semua, Inspirasi 2 ini bermatlamat untuk membantu adik2 UPSR dalam menempuh cabaran dalam peperiksaan tersebut. Seramai 90 orang pelajar sekolah rendah yang datangnya dari 9 buah sekolah di daerah Gemencheh.

Pelbagai atucara yang telah disediakan oleh Permanis, antaranya ialah LDK, sukaneka, senaman pagi, muhasabah diri dan byk lagi.

Program kali ini telah dikepalai oleh Exco Akademik iaitu Wan Aizuddin bin Mohd Razib selaku Ketua Projek. Usaha sama di antara Permanis dengan Dun Gemencheh telah memberikan satu pengalaman yang manis dan begitu berharga ke Permanis. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yg telah berkorban untuk menjayakan program ini.

Program ini juga telah dirasmikan oleh YB Dato' Mohd Kamil bin Abd Aziz pada majlis penutupan.

CARTA ORGANISASI KEPIMPINAN PERMANIS 09/10




CARTA ORGANISASI KEPIMPINAN PERMANIS 09/10



MAJLIS TERTINGGI
PRESIDEN: MOHD HANIF BIN DZULKIFLI
TIMB. PRESIDEN: NADIATUL MARDHIHAH BINTI MOHAMAD
NAIB PRESIDEN I: KHIDIR BIN ABDUL HADI
NAIB PRESIDEN II: SITI FATIMAH BINTI SHARIF
SETIAUSAHA AGONG: NUR HANA BINTI SAMSUDIN
TIMB. SETIAUSAHA: MAS ATHIRAH BINTI ALI
BENDAHARI KEHORMAT: NURUL ATIQAH BINTI JAMALUDIN
TIMB. BENDAHARI: FATIN FARHANAH BINTI ABD MANAP
KETUA PENYELARAS: RABI'ATUL 'ADAWIYYAH BINTI MOHD NIDZAR
TIMB. KETUA PENYELARAS I: MOHAMAD NAZREE BIN NORDIN
TIMB. KETUA PENYELARAS II: ABDUL HAMID BIN MARZUKI

BARISAN EXCO
AKADEMIK
EXCO: WAN AIZUDDIN BIN MOHD RAZIB
TIMB. EXCO I: RUZAINIM BINTI MOHD ZELANI
TIMB. EXCO II: NURAIN FARHANA AHMAD FUAAD

EKONOMI DAN TUGAS-TUGAS KHAS
EXCO: MOHAMAD MUZAFAR BIN MAASOM
TIMB. EXCO I: FATEN NABILAH BINTI MD. NASIR
TIMB. EXCO II: SHAFIQAH BINTI HASHIM

IT DAN PENERBITAN
EXCO: MOHD HAZLIE BIN MOHD ZAMILI
TIMB. EXCO I: NORLINA BINTI AMBIA


KEBAJIKAN DAN KEROHANIAN
EXCO: ANWAR BIN MUTTAQIN
TIMB. EXCO I: NUR’AQILAH BINTI MUSTAFA BAKRAY
TIMB. EXCO II: SYAFIQAH BINTI HASSAN

SERANTAU LUAR DAN ALUMNI
EXCO: HANIS IZZA FATIHA BINTI MAT ISA
TIMB. EXCO I: HAZIEYATI BINTI JAMIL

SUKAN DAN KEBUDAYAAN
EXCO: MOHAMAD RAZIN BIN SALIM
TIMB. EXCO I: SAKHIAH BINTI MD YUSOF
TIMB. EXCO II: NURUL HUSNA BINTI ZAIDI

KAMPUS LUAR
EXCO: MOHD HAFIZ BIN MOHAMAD
TIMB. EXCO I: NORSHAZWANI BINTI NASARUDDIN