Thursday, August 27, 2009

SALAM BERGRADUASI....

Salam POMANIH, kami barisan Exco POMANIH sesi 2009/2010 ingin mengucapkan jutaan dan sekalung tahniah kepada semua senior-senior POMANIH yang telah bergraduasi dalam Majlis Konvokesyen UKM yang bermula pada 15 Ogos hingga 19 Ogos 2009. Semoga anda semua akan berjaya dalam mengharungi kehidupan yang mendatang dan menjadi insan yang Cemerlang, Gemilang & Terbilang. Di sini kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua mantan POMANIH di atas tunjuk ajar, nasihat, teguran yang membina serta bimbangan dan bantuan yang diberikan kepada kami dalam menjalankan pelbagai program, aktiviti serta dalam pelbagai hal yang berkaitan dengan POMANIH yang merupakan sebuah keluarga yang besar. Sudah menjadi lumrah sesebuah keluarga itu "air yang dicincang tidak akan putus" begitu juga hubungan antara ahli keluarga POMANIH akan terus berkekalan hingga akhir hayat. Selamat bergraduasi dan selamat berjaya dalam kerjaya yang menjadi pilihan anda. POMANIH TOTAP DI HATI.


Berikut adalah senarai nama mantan-mantan POMANIH yang bergraduasi:

PRESIDEN : MOHD AFIQ AIZAT BIN JUHARI

NAIB PRESIDEN I : MOHAMMAD IKHWAN BIN ISMAIL

KETUA PENYELARAS : MUHAMAD HANAPI BIN JAMALUDIN

TIMB. KETUA PENYELARAS 1 : NORFAZILAH BINTI AB RAHMAN

EXCO SUKAN DAN KEBUDAYAAN : MOHD GHADAFFI BIN MOHD ARIS

EXCO IT DAN PENERBITAN : MOHD DAILIMI BIN MAT SARIM

EXCO SERANTA LUAR DAN ALUMNI : FARAH DIYANA BINTI NORDIN

Dan juga kepada mantan2 POMANIH sesi sebelumnya yang bersama-sama bergraduasi pada hari berkenaan... kami dari POMANIH mengucapkan tahniah dan syabas di atas kejayaan anda.

Wednesday, August 19, 2009

HOLA COMO ESTA...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




SALAM....

HANYA NAK UCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN YANG AKAN TIBA TIDAK LAMA LAGI KEPADA EXCO KEPIMPINAN PERMANIS SESI 09/10 DAN JUGA KEPADA MANTAN KITA YANG TELAH SELAMAT MENERIMA IJAZAH KEPUJIAN MASING-MASING...



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


SYABAS DAN TAHNIAH ADIK-BERADIK PERMANIS UCAPKAN...

Wednesday, August 12, 2009

OPKIM KPG SELIAU RANTAU NEGERI SEMBILAN

hah....nie la tugu or mercu tanda sbg kenang-kenangan PERMANIS di kpg Seliau...huhu...

antara exco2 permanis yg join aktiviti OPKIM09 kali nie...chaiyok korunk...hehe....
time bakar lemang...seronok kn...hehe...

sume muka bajet2 cun...lebih2 pompuan bertiga kt depan tue...jgn marah yoo...gurau je..hehe...

nie lah peserta opkim yg seramai 87 org...sume nyer ahli permanis...hehe...

urusetia bersama-sama abah n abg2 angkat kt kpg seliau...hehe...

mlm berinai...pengantin yg secocok...hehe...

Mantan MB N9 beri ucapan tok mlm pembukaan perasmian n suka dgr beliau berkata-kata....sbb nyer bernas n berkobar2...hehe...
pasangan pengantin tok program OPKIM09...sanding olok2 k...hehe....

salam...pada 7-9hb OGOS yg lepas POMANIH UKM telah wat satu program khidmat masyarakat di Kpg Seliau, Rantau, Negeri Sembilan. Alhamdulillah semuanya telah berjalan dengan lancar. antara aktiviti yang dilakukan ialah:
  1. lawatan kpg
  2. mengoca
  3. menoreh getah
  4. bergotong-royong
  5. membuat dan membakar lemang
  6. malam berinai
  7. malam Istiadat Adat Perpatih
  8. senaman pagi-poco-poco
  9. karaoke
  10. mengecat surau
terima kasih gk kepada mantan2 permanis yg sudi dtg melawat kami pada tgh hari sabtu. terima kasih gk kepada yg sudi memberi sumbangan kepada kami. terima kasih juga kepada penduduk kpg Seliau yg sudi menerima kedatangan kami ke sana. minta maaf la klau terdapat sebarang kekurangan sepanjang berlangsungnya program tersebut.
apa yang baik kita ambil dan yang buruk kita tinggalkan di kpg Seliau k..
jgn bawa balik ke UKM..

Monday, August 3, 2009

Baju OPKIM...


salam...nie la design baju OPKIM yg akan dipakai ari jmat nie..
Insya Allah...lawakn..hehe...Tq kt ain n yiu yg susah payah siapkan design baju nie..
papepon OPKIM kali nie mzt gempak la..sukses tok sume...jmp jmat nnt kt kpg Seliau k...hehe..