Wednesday, November 18, 2009

November dilalui, Disember dinanti

Salam.
Sotolah sokian lamo habih pekso..... (kok toghuih an kang ado pulak yg tak paham ea..) Macam mana dgn xm? Cuti? Makan angin? Tak puas cuti? Hmm... pelbagai aktiviti yang dibuat lepas exam walaupun masa yang amat singkat... ape pun.. Berkorbanlah sikit untuk program yang terdekat ni... mungkin sekarang kita rasa terbeban dengan apa jua yang kita hadapi.. tapi untuk jangka masa yang panjang, ia mungkin menjadi kenangan terindah pada masa zaman muda.
selamat menduduki peperiksaan SPM kepada adik-adik. Semoga berjaya!
Kini, kita kembali semula berkampung untuk persiapan gerak kerja
SUKNES@U a.k.a KARNIVAL SUKAN MAHASISWA NEGERI SEMBILAN.
Ni ada sedikit info mengenai perkampungan POMANIH...
Perhatian kepada semua AJK SUKNES@U!!!
pada 22hb Nov. 2009(AHAD), anda diminta berada di KOLEJ DATO’ ON untuk urusan check-in penginapan.

Kami amat mengalu-alukan AHLI BARU untuk menjadi AJK dan penyertaan ahli PERMANIS untuk program ini amat digalakkan.

Thursday, October 29, 2009

Selamat Menduduki Peperiksaan

Semoga berjaya kepada semua rakan-rakan yang bakal menduduki peperiksaan...
semoga berjaya!

Friday, October 9, 2009

Selamat Hari Raya...

Thursday, August 27, 2009

SALAM BERGRADUASI....

Salam POMANIH, kami barisan Exco POMANIH sesi 2009/2010 ingin mengucapkan jutaan dan sekalung tahniah kepada semua senior-senior POMANIH yang telah bergraduasi dalam Majlis Konvokesyen UKM yang bermula pada 15 Ogos hingga 19 Ogos 2009. Semoga anda semua akan berjaya dalam mengharungi kehidupan yang mendatang dan menjadi insan yang Cemerlang, Gemilang & Terbilang. Di sini kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua mantan POMANIH di atas tunjuk ajar, nasihat, teguran yang membina serta bimbangan dan bantuan yang diberikan kepada kami dalam menjalankan pelbagai program, aktiviti serta dalam pelbagai hal yang berkaitan dengan POMANIH yang merupakan sebuah keluarga yang besar. Sudah menjadi lumrah sesebuah keluarga itu "air yang dicincang tidak akan putus" begitu juga hubungan antara ahli keluarga POMANIH akan terus berkekalan hingga akhir hayat. Selamat bergraduasi dan selamat berjaya dalam kerjaya yang menjadi pilihan anda. POMANIH TOTAP DI HATI.


Berikut adalah senarai nama mantan-mantan POMANIH yang bergraduasi:

PRESIDEN : MOHD AFIQ AIZAT BIN JUHARI

NAIB PRESIDEN I : MOHAMMAD IKHWAN BIN ISMAIL

KETUA PENYELARAS : MUHAMAD HANAPI BIN JAMALUDIN

TIMB. KETUA PENYELARAS 1 : NORFAZILAH BINTI AB RAHMAN

EXCO SUKAN DAN KEBUDAYAAN : MOHD GHADAFFI BIN MOHD ARIS

EXCO IT DAN PENERBITAN : MOHD DAILIMI BIN MAT SARIM

EXCO SERANTA LUAR DAN ALUMNI : FARAH DIYANA BINTI NORDIN

Dan juga kepada mantan2 POMANIH sesi sebelumnya yang bersama-sama bergraduasi pada hari berkenaan... kami dari POMANIH mengucapkan tahniah dan syabas di atas kejayaan anda.